Dulu aku pun pernah menyimpan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ketahap yang lebih tinggi namun segalanya terhenti di tengah jalan atas kesilapan aku sendiri yang tidak tahu membezakan realiti dan fantasi.
Sebenarnya semangatku tidak pernah terpadam walaupun telah bertahun berlaku, perasaan untuk meneruskan pencarian ilmu pengetahuan masih lagi hidup didalam hati kecilku. Mudah-mudahan segalanya akan tercapai.
Khamis, 6 Oktober 2011
Jumaat, 23 September 2011
Zafran Aniq
Oleh sebab aku jarang mempunyai Job untuk mengambil photo membuatkan aku rasa boring seketika dan tanpa disangka aku teringin mengambil gambar adik Zafran untuk dijadikan model tidak berbayar ku.
Memang setiap impian pasangan ingin mempunyai zuriat sendiri. Namun segala-galanya adalah ketentuan Ilahi, manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Adik Zafran ni adalah yang ke-5 dari 5 adik beradik. Gelagatnya ketika tidur dan mandi sangat comel menyebabkan setiap orang yang melihatnya ingin mendekatinya.
Jumaat, 26 Ogos 2011
Negaraku
Eos7d | f5.6 | iso320 | 1/40 | 53mm
Alhamdulilah tidak lama lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan. Semasa mengambil gambar warna kayu ni aku terbayangkan negaraku Malaysia yang mempunyai berbilang kaum yang bersatu padu seperti juga warna kayu diatas yang berdiri sama teguh biarpun berlainan warna. Aku bangga menjadi anak malaysia yang hidup di negara yang aman makmur lagi sejahtera ini. Malaysia adalah negara contoh terbaik kepada dunia dimana kita mampu mengekalkan hubungan ini sehingga sekarang.

Jalur Gemilang Kebanggaan Rakyat Malaysia
Eos7d | f2.8 | iso100 | 1/3200 | 50mm
Khamis, 25 Ogos 2011
Selasa, 16 Ogos 2011
opppsss!!
Khamis, 11 Ogos 2011
Bernafas dalam lumpur

Langgan:
Catatan (Atom)