Khamis, 6 Oktober 2011

Graduation Day

Dulu aku pun pernah menyimpan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ketahap yang lebih tinggi namun segalanya terhenti di tengah jalan atas kesilapan aku sendiri yang tidak tahu membezakan realiti dan fantasi.

Sebenarnya semangatku tidak pernah terpadam walaupun telah bertahun berlaku, perasaan untuk meneruskan pencarian ilmu pengetahuan masih lagi hidup didalam hati kecilku. Mudah-mudahan segalanya akan tercapai.




Jumaat, 23 September 2011

Zafran Aniq

Oleh sebab aku jarang mempunyai Job untuk mengambil photo membuatkan aku rasa boring seketika dan tanpa disangka aku teringin mengambil gambar adik Zafran untuk dijadikan model tidak berbayar ku.


Memang setiap impian pasangan ingin mempunyai zuriat sendiri. Namun segala-galanya adalah ketentuan Ilahi, manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Adik Zafran ni adalah yang ke-5 dari 5 adik beradik. Gelagatnya ketika tidur dan mandi sangat comel menyebabkan setiap orang yang melihatnya ingin mendekatinya.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Negaraku


Eos7d | f5.6 | iso320 | 1/40 | 53mm
Alhamdulilah tidak lama lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan. Semasa mengambil gambar warna kayu ni aku terbayangkan negaraku Malaysia yang mempunyai berbilang kaum yang bersatu padu seperti juga warna kayu diatas yang berdiri sama teguh biarpun berlainan warna. Aku bangga menjadi anak malaysia yang hidup di negara yang aman makmur lagi sejahtera ini. Malaysia adalah negara contoh terbaik kepada dunia dimana kita mampu mengekalkan hubungan ini sehingga sekarang.
Jalur Gemilang Kebanggaan Rakyat Malaysia
Eos7d | f2.8 | iso100 | 1/3200 | 50mm

Black & White

Apa difikiran ku???
Eos7D | f 4.5 | iso640 | 1/100 | 24mm

Selasa, 16 Ogos 2011

opppsss!!

aikss!!! kenapa aku,mungkin begitulah terlintas di hati kucing ini terkejut seolah-olah seorang polis mengacukan PISTOL.

Khamis, 11 Ogos 2011

Bernafas dalam lumpur

Kehidupan ni kadang kala ada pasang surutnya, kadang kala kita akan berada diatas kadang kala kita berada di bawah. Nasib manusia memang berbeza bergantung pada daya usaha masing-masing semakin kita gigih berusaha semakin dekat kejayaan dan semakin stabil kehidupan seharian. Maka dengan itu walaupun kita jatuh kebawah bukan bermakna kita gagal tapi ia satu ujian atau proses untuk menjadi lebih baik dan jangan berhenti berusaha seperti bernafas dalam lumpur.

Selasa, 9 Ogos 2011

Berpijak di Air


Gaya Pemburu

Buakan senang untuk mencari makanan, kucing ini terpaksa menyembunyikan dirinya di sebalik rumput untuk memburu seekor serangga.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Sunset di Kg. Linsuk

Ini lah kelebihanya bila berada di kawasan kampung ketenangan yang berpanjangan tanpa ada kesesakan lalu lintas, kilang-kilang, dan bangunan pencakar langit.Di mana pemandangan jadi indah dan jiwa jadi tenang dengan menghayati alam semulajadi yang terpelihara dari pencemaran alam sekitar.

Menduya (menangkap sotong kurita)

Alhamdulilah Malaysia mempunyai pelbagai sumber rezeki di darat mahupun laut. Seperti di Kg.Tinambak Kuala Penyu salah satu aktiviti harian nya adalah menangkap sotong kurita apabila air laut surut.

Rabu, 3 Ogos 2011

Bunga Kebangsaan (Malaysiaku)


Indah bunga ini adalah seindah negara ku malaysia. Aku mencintai negaraku,berbilang kaum dalam negara adalah satu kelebihan dimana ada satu kesepakatan dan keharmonian terjalin. Aku selalu berdoa agar keamanan negara dapat di kekalkan dan aku yakin Malaysia adalah negara contoh terbaik di dunia.

Selasa, 2 Ogos 2011

Berikan sedikit belas kasihmu


Setiap manusia ada masalahnya sendiri, dan manusia itu tidak akan sempurna pasti ada dugaanya. Selagi ia jalan yg halal teruskan lah perjuangan.

Isnin, 1 Ogos 2011

Pulau Gaya Sabah

Keindahan negeri sabah adalah disebabkan oleh pulau-pulau dan flora dan faunanya.

Tomato


Canon EOS 7D | f 4.5 | 1/200 | ISO160


Location : Pasar Tani Gaya Street Kota Kinabalu

Old Style Telephone


Teknologi semakin maju, yang lama diganti baru. Hakikat ini memang tidak boleh diubah di mana kemajuan amat penting dalam kehidupan untuk kemudahan dan inilah satu revolusi.

New Born



Siapa sangka haiwan perosak ini dijual dan dipelihara, pada mulanya ingatkan ianya adalah seekor hamster rupanya sebaliknya. Gambar ini diambil ketika berjalan-jalan di Tamu Gaya Street Kota Kinabalu.

Khamis, 10 Mac 2011





Selamat pagi dunia!!! Semakin hari aku rasa seronok bekerjasama dengan kamera EOS7D ku. Aku sendiri tidak pernah terlintas ingin menjadi seorang jurugambar sebagai hobiku (sekarang terasa nak FULL time and jadi PRO) yang pada mulanya aku memandang negetif terhadap salah satu cabang seni ni. Bermula dengan memiliki EOS500D dan kini menggunakan EOS7D aku semakin ketagih untuk menimbulkan idea-idea buat menajamkan lagi apa yang ku perjuangkan sekarang. Aku rasa puas dengan apa yang aku hasilkan walaupun di mata orang seniku ni bukan lah yang terbaik tetapi ia adalah usahaku yang ikhlas.Aku tidak memiliki sebarang sijil dalam bidang ni,apatah lagi menghadiri sebarang kursus seni photography. Hasil dari bertanya dengan kawan-kawan dan mencari info ilmu di internet aku kerap mencari teori dan kemudian aku susuli dengan praktikalnya (mejadikan keluarga sebagai model)....