Khamis, 6 Oktober 2011

Graduation Day

Dulu aku pun pernah menyimpan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ketahap yang lebih tinggi namun segalanya terhenti di tengah jalan atas kesilapan aku sendiri yang tidak tahu membezakan realiti dan fantasi.

Sebenarnya semangatku tidak pernah terpadam walaupun telah bertahun berlaku, perasaan untuk meneruskan pencarian ilmu pengetahuan masih lagi hidup didalam hati kecilku. Mudah-mudahan segalanya akan tercapai.




Jumaat, 23 September 2011

Zafran Aniq

Oleh sebab aku jarang mempunyai Job untuk mengambil photo membuatkan aku rasa boring seketika dan tanpa disangka aku teringin mengambil gambar adik Zafran untuk dijadikan model tidak berbayar ku.


Memang setiap impian pasangan ingin mempunyai zuriat sendiri. Namun segala-galanya adalah ketentuan Ilahi, manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Adik Zafran ni adalah yang ke-5 dari 5 adik beradik. Gelagatnya ketika tidur dan mandi sangat comel menyebabkan setiap orang yang melihatnya ingin mendekatinya.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Negaraku


Eos7d | f5.6 | iso320 | 1/40 | 53mm
Alhamdulilah tidak lama lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan. Semasa mengambil gambar warna kayu ni aku terbayangkan negaraku Malaysia yang mempunyai berbilang kaum yang bersatu padu seperti juga warna kayu diatas yang berdiri sama teguh biarpun berlainan warna. Aku bangga menjadi anak malaysia yang hidup di negara yang aman makmur lagi sejahtera ini. Malaysia adalah negara contoh terbaik kepada dunia dimana kita mampu mengekalkan hubungan ini sehingga sekarang.
Jalur Gemilang Kebanggaan Rakyat Malaysia
Eos7d | f2.8 | iso100 | 1/3200 | 50mm

Black & White

Apa difikiran ku???
Eos7D | f 4.5 | iso640 | 1/100 | 24mm

Selasa, 16 Ogos 2011

opppsss!!

aikss!!! kenapa aku,mungkin begitulah terlintas di hati kucing ini terkejut seolah-olah seorang polis mengacukan PISTOL.

Khamis, 11 Ogos 2011

Bernafas dalam lumpur

Kehidupan ni kadang kala ada pasang surutnya, kadang kala kita akan berada diatas kadang kala kita berada di bawah. Nasib manusia memang berbeza bergantung pada daya usaha masing-masing semakin kita gigih berusaha semakin dekat kejayaan dan semakin stabil kehidupan seharian. Maka dengan itu walaupun kita jatuh kebawah bukan bermakna kita gagal tapi ia satu ujian atau proses untuk menjadi lebih baik dan jangan berhenti berusaha seperti bernafas dalam lumpur.