Khamis, 10 Mac 2011





Selamat pagi dunia!!! Semakin hari aku rasa seronok bekerjasama dengan kamera EOS7D ku. Aku sendiri tidak pernah terlintas ingin menjadi seorang jurugambar sebagai hobiku (sekarang terasa nak FULL time and jadi PRO) yang pada mulanya aku memandang negetif terhadap salah satu cabang seni ni. Bermula dengan memiliki EOS500D dan kini menggunakan EOS7D aku semakin ketagih untuk menimbulkan idea-idea buat menajamkan lagi apa yang ku perjuangkan sekarang. Aku rasa puas dengan apa yang aku hasilkan walaupun di mata orang seniku ni bukan lah yang terbaik tetapi ia adalah usahaku yang ikhlas.Aku tidak memiliki sebarang sijil dalam bidang ni,apatah lagi menghadiri sebarang kursus seni photography. Hasil dari bertanya dengan kawan-kawan dan mencari info ilmu di internet aku kerap mencari teori dan kemudian aku susuli dengan praktikalnya (mejadikan keluarga sebagai model)....

1 ulasan: